skip to main |
skip to sidebar
AbangSejak mengenal dunia,
kau rakanku,
sejak mengenal ilmu,
kau ajarku,
sejak aku diluka,
kau lindung aku,
tapi,
bila berkelahi,
kau musuhku,
bila bersaing,
kau aku buru,
bila diutamakan,
kau aku benci,
namun,
kini ku sedar,
bila berjauhan kau yang aku rindu,
bila kesusahan kau yang aku perlu,
segala yang kau lakukan terbaik buatku,
kerana hanya engkaulah abangku.
Berhenti Makan
senyum sinis jadi ukiran wajahku
setiap kali melihat gelak tawa mereka
yang gembira meneguk pitih kotor
hingga perut buncit ke anak cicit
sendat dengan dusta menjadi dosa
sampai bila baru kan berhenti
mereka semua cuma orang cakap kosong
tanam janji tepi bibir dalam hati hitam
tipu sana tipu sini membuat kita makan janji
yang kenyang mereka menjamah dosa
sedarkanlah akal arahkan tubuh
agar tidak lagi memasak subahat.
Kawan ke Akhir
Gelak tawa membunuh sunyi membawa jiwa terbang jauhSampaikan tidak terasa beku semua jadi kenanganAndai dapat diulang masa ituSeronok bukan?Kawan-kawan,Ingin aku putar kembaliBiar hari ini jadi semalamBiar semalam jadi kelmarinDan biar kelmarin jadi milik kitaTapi tak mungkin bukan?Sungguh sayang,Semuanya hanya debu angan yang lesap ditiup waktuNamun aku tetap mengharap tali yang kita pegang tidak akan putusWalau dipotong pedang hasutan atau dibakar api dengkiTetap kekal kita bersama hingga ke noktah akhir dunia.
Hutan PerinduSenyap sunyi hutan perindu
Jauh di hujung hati
Terpancar satu rasa
Suka?! Benci?!
Yang mana satu?
Pegang aku pada suka
Burukkah padahnya?
Genggam pula pada benci
Apa kesudahannya?
Lihat di atas awan yang biru
Lihat di bawah rumput yang hijau
Damai aku pada duanya
Di depanku burung yang merdu
Di belakangku sungai yang jernih
Mana satu harusku tuju..
Kadang hidup sukar bernafas
Lemas dalam dakapan sendiri
Biarlah aku terus melangkah
Walau terluka memakai cinta
Cinta Kau BenciArgh!!!
Cilaka kau kata
Aku yang kena
Dari dulu sukar aku percaya
Kau curi habis ruang hatiku
Kini kau kata benci?!
Dasar apa yang engkau pegang
Barang curi engkau pulangkan
Setelah puas engkau ratah
Setelah mataku kau butakan
Masih lenakah kau bermimpi?!
Ingatlah kata orang tua
jangan bermain dengan api
Nanti akan membakar diri
Hari ini kau selamat
Esok lusa siapa yang tahu.
Ayah Ibu Maafkan Aku
Dari pertama kali mata terbuka
Dari setapak kaki melangkah
Dari sepatah bibir berbicara
Dari kecil hingga dewasa
Kaulah ayah ibuku
Setiap hari menjaga mengawal keselamatanku
Luka aku kau ubatkan
Tangis aku kau pujukkan
Gembira aku kau temankan
Semua untukku kau lakukan
Namun..
Bagaimana baru aku dapat membalas jasa
Segala keperitan pengorbanan kau simpan seorang
Sakit hatimu tidak pernah kedengaran
Selalu senyummu disisiku
jika terluka hati mu
jika menitik air mata mu
jika kau runsing keranaku
maafkanlah aku...
ayah, ibu..
maafkan aku.